Alhamdulillah, sumbangan yang diterima telah disalurkan sebahagiannya kepada penerima iaitu antaranya suri rumah yang mempunyai 5 anak masih bersekolah yang mana suaminya sakit buah pinggang dan mata kurang penglihatan. Suri rumah ini hilang punca pendapatan. Pihak Yayasan telah membelikan mesin jahit agar beliau boleh menjahit pakaian untuk dijual. Selain beliau, sumbangan juga telah disalurkan kepada penerima-penerima yang memerlukan bantuan yang terdiri daripada B40 dan ibu tunggal. Terima kasih kepada para penyumbang, semoga Allah membalas dan memberi ganjaran yang besar kepada Tuan Puan yang menyumbang. Aamiinn..