Hari ini kami telah mendapat laporan bahawa sebanyak 500 selimut telah diagihkan kepada 500 orang miskin di Kashmir sebagai bantuan musim sejuk. Sebahagian disampaikan di perkampungan mereka yang seperti kem pelarian itu dan sebahagian di bandar Srinagar dengan dikumpul di satu tempat kerana ada tempat salji terlalu tebal untuk diedarkan terus ke rumah.
Terima kasih rakyat Malaysia,sekecil mana pun sumbangan anda ia tetap sampai kepada yang memerlukan.
Semoga Allah menerima usaha kita yang sedikit ini.