Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Alhamdulillah, antara aktiviti PERKIM BTP adalah menaja iftar untuk 10 hari terakhir untuk 2 buah rumah anak yatim (Baitul Kasih dan Amal Akhlak Mulia). Insya Allah, ini semua hasil sumbangan anda semua.
Sama-sama kita berkongsi saham akhirat.
Teruskan memberi sokongan kepada PERKIM BTP.
Sumbangan anda akan membantu kami terus istiqomah membimbing Muallaf solat, berpuasa dan lain-lain ibadah.
Sejak memeluk Islam, ramai belum biasa ke masjid atau surau kerana "tak pandai solat", bila tarawih tiba-tiba jemaah "baca sesuatu" antara tarawih, mereka tidak tahu sebut lalu rasa segan.
Di sini lah kami latih mereka tatacara solat dan bacaan-bacaannya. Sehingga bukan sahaja mereka mampu solat, ada juga yang mampu menjadi imam solat. Di sini mereka tidak segan, sebab dari guru yang membimbing hingga bilal semuanya adalah asal Muallaf juga. Akhirnya, kami minta mereka solat di masjid atau surau terdekat dari rumah juga.
Terima kasih, sumbangan andalah membantu kami.
Setiap malam selepas tarawih, kami sediakan moreh untuk Muallaf. Mereka amat seronok datang tarawih.
Jom buru Lailatul Qadar dengan sedekah.