Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM2,027 / 27.03 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,500
115 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sesungguhnya menjadi impian setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka dapat menyambung pelajaran sehingga ke menara gading. Bagi yang berada, sudah pasti keperluan dan perbelanjaan anak-anak di universiti tidak menjadi masalah. Namun, bagi golongan asnaf, perjalanan menuntut ilmu anak-anak mereka di universiti sudah pasti penuh dengan cabaran.
Memang benar sebahagian pelajar akan menerima pinjaman dari institusi yang terpilih, namun, jumlah bersih yang diterima setelah ditolak yuran pengajian amatlah minima. Mereka bukan sahaja memerlukan keperluan makanan harian, bahkan banyak lagi keperluan lain yang diperlukan seperti pakaian, keperluan pembelajaran, kos pengangkutan, penjagaan diri dan bermacam-macam lagi keperluan.
Menyedari akan perkara ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program santuni anak-anak asnaf akan menyalurkan pemberian berbentuk sumbangan kewangan yang berjumlah RM150 seorang kepada 50 orang pelajar di Universiti Awam dan swasta yang terpilih di kawasan Lembah Klang. Semoga dengan bantuan yang disalurkan ini, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan sedikit kos sara hidup mereka untuk menjalani kehidupan sebagai siswa siswi.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat pelajar-pelajar asnaf yang memerlukan bantuan dan semoga sumbangan tuan/puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR. Muslim)
Mudah-mudahan kita dapat mengikuti sunnah Rasulullah sepertimana Ibnu Abbas menyatakan bahawa: “Rasulullah SAW adalah seorang yang pemurah dan sikap pemurah baginda semakin bertambah pada bulan Ramadhan.”(HR. Al-Bukhari)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 11, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 11, 2023
HAMBA ALLAH YANG BERDOSA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 11, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 11, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 10, 2023