Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,015 / 10.15 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
51 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum W.B.T. Kehidupan seharian golongan nelayan kecil boleh lah diibaratkan sebagai ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Pendapatan mereka tidak menentu dan sangat bergantung dengan hasil tangkapan laut. Ada ketika banyak hasil diperolehi dan adakalanya sedikit dan kerap juga tiada hasil akibat cuaca buruk.
Majoriti mereka ini tergolongan dalam kategori asnaf. Walaupun ada menerima sedikit bantuan dari pihak berwajib, namun ia tidak mencukupi terutama kepada yang mempunyai keluarga yang besar. Kesusahan mereka perlu dibantu terutama ketika umat Islam bakal menyambut Bulan Ramadhan tidak lama lagi.
Atas rasa simpati terhadap nasib golongan asnaf nelayan-nelayan kecil ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) merasakan bahawa perlunya untuk kita bersama membantu meringankan beban kehidupan yang mereka hadapi khususnya untuk mereka menjalani ibadah di bulan Ramadhan nanti.
Marilah kita contohi sifat dermawan Nabi Muhammad S.A.W sepertimana Ibnu Abbas pernah berkata, “Rasulullah Saw adalah orang yang paling dermawan dan saat beliau paling dermawan adalah di bulan Ramadhan ketika malaikat Jibril menemui beliau. Malaikat Jibril senantiasa menemui beliau pada setiap malam dalam bulan Ramadhan untuk saling mempelajari Al-Qur’an. Pada saat itu Rasulullah lebih dermawan dalam melakukan amal kebajikan melebihi (cepat dan luasnya) hembusan angin.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, pihak yayasan bercadang untuk menyalurkan bantuan berupa barangan asas makanan seperti beras, meehon, tepung gandum, makanan mentah seperti ayam / daging, makanan dalam tin dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan. Jumlah yang bakal menerima sumbangan ini adalah sekitar 50 keluarga asnaf nelayan kecil yang tinggal di sekitar tepi pantai Negeri Selangor.
Pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program bantuan ini dan semoga sumbangan yang dihulur akan mengembirakan golongan yang dirai dan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.
Nabi SAW juga ada bersabda: “Takutlah kamu dari seksaan api neraka walaupun dengan bersedekah separuh buah tamar.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Allah S.W.T. berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Al Hadid: 18)
Terima Kasih. Wassalam.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 01, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Apr 01, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 01, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 01, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 31, 2022