YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Nov 14, 2021

INFAQ IHSAN UNTUK ANAK YATIM PIATU DAN ASNAF UZUR

RM2,161 / 43.22 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

130 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk menjayakan program ini demi manfaat Anak-Anak Yatim Piatu dan Asnaf yang uzur dan sedang terlantar sakit yang amat memerlukan bantuan.

Assalamulaikum W.B.T.

 

Infaq Ihsan Untuk Anak Yatim Piatu dan Asnaf Uzur

 

Melalui program Infaq Ihsan Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) ini, bantuan berupa makanan dan keperluan asas akan diagihkan kepada penerima dari kalangan Anak Yatim Piatu dan Asnaf yang uzur dan sedang terlantar sakit yang amat memerlukan bantuan di sekitar Lembah Klang dan kawasan sekitar yang berdekatan.

 

Sesungguhnya, ramai di luar sana yang sedang diuji dengan pelbagai ujian kehidupan khususnya di musim pandemik Covid-19 samada sakit, kehilangan sumber pendapatan mahupun kehilangan orang tersayang yang selama ini menanggung urusan nafkah / kehidupan keluarga.

 

Oleh itu, sebagai menyahut seruan Nabi Muhammad S.A.W. yang maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim), maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat penerima-penerima sumbangan dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

 

Terima Kasih.



Wassalam.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Nov 17, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 17, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 17, 2021

... LEEN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 17, 2021

AFIQ DANISH BIN MUSTAZA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 17, 2021

Kempen Sumbangan Tamat