YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Apr 12, 2022

INFAQ BERBUKA PUASA UNTUK ANAK YATIM

RM5,380 / 89.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

280 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama meraikan anak-anak yatim di bulan Ramadhan dengan menyediakan makanan untuk mereka berbuka puasa. Jom kita Rebut Pahala Ramadhan!


Assalamualaikum Wbt. Sesungguhnya kita sedang berada dalam bulan yang ditunggu-tunggu saban tahun. Namun dengan hanya berpuasa, bersolat tarawih dan membayar zakat fitrah seakan belum sempurna Ramadhan kita tanpa kita menginfaqkan sebahagian harta kita untuk bersedekah.


Sesungguhnya memperbanyakkan amalan sedekah, tidak kira kecil atau besar, banyak atau sedikit adalah sangat digalakkan terutama dalam bulan Ramadhan kerana pahala bersedekah akan dilipatgandakan tanpa boleh dihitung oleh manusia seperti yang di Firmankan oleh Allah SWT dalam ayat 261 Surah Al-Baqarah: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”



Atas peluang dan kesempatan yang dikurniakan oleh Allah SWT ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) ingin mengajak orang ramai yang berkemapuan untuk bersama meraikan anak-anak yatim di bulan Ramadhan dengan menyediakan makanan untuk mereka berbuka puasa.



Setiap tahun, pihak yayasan akan menyediakan juadah / makanan berupa makanan nasi berlauk, kuih-muih, buah-buahan dan minuman khusus untuk anak-anak yatim yang berada di pusat-pusat jagaan persendirian dan untuk program iftar ini, anak-anak yatim di beberapa pusat jagaan di negeri Sabah akan menjadi pilihan. Sasaran kami adalah sekitar 150 – 200 anak yatim yang akan diraikan untuk berbuka puasa sepanjang baki Ramadhan yang ada.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program iftar ini semoga ia dapat mengembira serta menceriakan anak-anak yatim. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar serta Redha Allah SWT.



Nabi SAW bersabda: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)


Nabi SAW juga ada bersabda: “Takutlah kamu dari seksaan api neraka walaupun dengan bersedekah separuh buah tamar.” (Sahih al-Bukhari dan Muslim)


Terima Kasih. Wassalam.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Apr 16, 2022

Kempen Sumbangan Tamat