YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jan 05, 2022

INFAQ BANTUAN PASCA BANJIR NEGERI PAHANG

RM692 / 6.92 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

37 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program Infaq Bantuan Pasca Banjir Negeri Pahang bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa banjir. Jom kita membantu!

Assalamualaikum W.B.T.

 

Infaq Bantuan Pasca Banjir Negeri Pahang

 

Sejak dari pertengahan Disember 2021, banyak daerah di Negeri Pahang telah dilanda banjir, dan yang terbaru iaitu beberapa hari lepas (2hb Januari 2022), lima daerah di Negeri Pahang telah dibadai gelombang kedua banjir melibatkan daerah Lipis, Maran, Bera, Rompin dan Raub.

 

Sudah pasti, perkara pertama selepas berlakunya banjir yang perlu diuruskan oleh mangsa banjir adalah kerja-kerja membersihkan rumah dan pakaian. Menyedari akan kesulitan ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui Infaq Bantuan Pasca Banjir Negeri Pahang akan menyalurkan bantuan berupa kelengkapan membersih rumah dan membasuh pakaian seperti penyapu, mop dan berus lantai termasuk pencuci lantai, pencuci dan berus pakaian, baldi, gayung, getah paip dan sebagainya kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

 

Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Bantuan Pasca Banjir Negeri Pahang ini bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa banjir. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali Imran: 92)

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah: 261)

 

Terima Kasih.

Wassalam.



 

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 09, 2022

MOHAMAD NAZREEN BIN DOL BAHAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jan 09, 2022

Kempen Sumbangan Tamat