Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM290 / 5.80 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
23 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Golongan gelandangan adalah insan seperti kita juga yang memerlukan keperluan hidup terutama makanan. Apa yang membezakan mereka dengan kita adalah mereka tidak memiliki dan mendiami tempat tinggal. Kaki lima kedai, bawah jejantas dan tempat-tempat perhentian bas atau teksi adalah tempat tidur dan istirehat mereka. Kebanyakkan mereka bererja, namun pendapatan mereka tidak mampu untuk mereka menyewa atau memiliki kediaman.
Pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia baru-baru ini ada melakukan program mendekati golongan gelandangan di beberapa kawasan di Lembah Klang dan mendapati mereka amat gembira dengan ziarah kami kerana adanya ingatan dan rasa simpati terhadap kesusahan yang ditanggung oleh mereka.
Oleh itu, atas rasa prihatin terhadap golongan gelandangan ini, maka pihak Yayasan akan menyalurkan sumbangan makanan berupa nasi bungkus dan air minuman serta sedikit duit poket untuk mereka. Sasaran bantuan akan melibatkan golongan gelandangan yang berjumlah 70 orang yang berada di beberapa kawasan di Lembah Klang.
Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat golongan gelandangan sebagai usaha untuk meringankan sedikit beban hidup mereka. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.
Bahawa seorang laki-laki bertanya kepada Raslulullah SAW, “Perbuatan apakah yang terbaik di dalam Islam? Maka Rasul menjawab, iaitu kamu memberi makan kepada orang lain, dan kamu mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 31, 2023
KAMARUDDIN BIN ISMAIL ISMAIL
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 31, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 31, 2023