YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada May 29, 2023

PROGRAM JAMUAN MAKAN UNTUK ANAK-ANAK ASNAF

RM150 / 3.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program menjamu anak-anak asnaf makan serta pemberian duit poket. Jom kita bantu mereka!


Menjengah kehidupan golongan B40 di sekitar kawasan perumahan rakyat PPR di satu kawasan di Lembah Klang baru-baru ini, sememangnya mereka amat terkesan dengan desakan keperluan hidup pada hari ini. Mereka bukan tidak bekerja, namun pendapatan mereka amat kecil jika dibandingkan dengan tuntutan keperluan ahli keluarga terutama yang memiliki anak yang ramai. Dalam keadaan anak-anak yang masih bersekolah ditambah dengan sebahagiannya ada yang menanggung orang tua yang sakit dan uzur, sesungguhnya mereka perlu dibantu.



Menyedari akan kepayahan hidup golongan ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk meringankan beban mereka ini dengan menganjurkan program jamu makan untuk anak-anak asnaf dan sedikit sumbangan duit poket untuk mereka. Sasaran jamuan dan pemberian duit poket ini akan melibatkan anak-anak asnaf seramai 100 orang yang berada di sekitar kawasan PPR di Selangor dan Lembah Klang.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia berbesar hati sekiranya anda dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program ini dan semoga infaq anda semua diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



Memberi makan kepada orang lain adalah amalan terbaik dan terpuji sepertimana kisah seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apakah yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim)



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang Mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (HR. At-Tabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 10, 2023

AINI ANUAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 01, 2023

MOHDALIFFBWANCHEK N MASITAHBAHARUM

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 30, 2023

Kempen Sumbangan Tamat