YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jul 20, 2023

INFAQ JUMAAT UNTUK PELAJAR ASNAF

RM125 / 2.08 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama membantu menghulurkan bantuan untuk pelajar-pelajar asnaf yang sedang belajar di universiti. Jom kita bantu mereka!


Cita-cita untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat universiti telah menjadi impian yang telah ditanam sejak kecil lagi bagi kebanyakan dari kita. Namun, setelah berada di universiti, kehidupan sebagai pelajar bukanlah semudah yang disangka terutama bagi pelajar-pelajar yang datangnya dari keluarga yang susah atau asnaf. Kos sara hidup sememangnya tinggi terutama ketika rakyat masih dibelenggu dengan isu kos kenaikan harga barang yang memberi kesan terhadap kos makanan.


Tidak dinafikan bahawa pelajar ada menerima pinjaman dari institusi yang terpilih namun jumlah bersih yang diterima setelah ditolak yuran pengajian amatlah minima. Mereka bukan sahaja memerlukan keperluan makanan harian, bahkan banyak lagi keperluan lain yang diperlukan seperti pakaian, keperluan pembelajaran, kos pengangkutan, penjagaan diri dan bermacam-macam lagi keperluan.



Menyedari akan perkara ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program Infaq Jumaat untuk minggu ini akan menyantuni anak-anak asnaf dengan menyalurkan bantuan berbentuk sumbangan kewangan yang berjumlah RM100 seorang kepada 60 orang pelajar di IPTA dan IPTS yang terpilih di sekitar kawasan Lembah Klang. Semoga dengan bantuan yang disalurkan ini, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan sedikit kos sara hidup mereka untuk meneruskan pengajian dengan sempurna.



Oleh itu, pihak kami mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat pelajar-pelajar asnaf yang memerlukan bantuan dan semoga sumbangan Tuan/Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT sebagai amal jariah kita membantu hamba Allah menuntut ilmu.



Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR. Muslim)



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”. (Surah Al-Hadid 18)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat