YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 15, 2022

HULURKAN KEPADA MEMERLUKAN

RM2,017 / 40.34 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

74 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui kempen membantu orang susah, akan menghulurkan sedikit bantuan kewangan khusus kepada mereka yang sedang sakit. Jom kita ringankan beban mereka!

Assalamualaikum W.B.T., kita bersyukur apabila dikurniakan kesihatan yang baik. Namun di luar sana, ramai insan yang kurang bernasib baik apabila mereka sedang diuji dengan musibah dan sakit khususnya apabila mereka menghidapi penyakit yang kronik. Kesusahan ini bukan sahaja ditanggung oleh pesakit itu sendiri namun, ditanggung juga oleh ahli keluarga yang terdekat yang membantu.


Sememangnya menjaga orang sakit adalah sifat yang amat mulia dan akan diberi pahala oleh Allah SWT. Namun, menjaga ahli keluarga yang sakit sudah pasti akan mengganggu emosi malah ia sering kali datang bersama masalah kewangan.



Mereka yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjaga orang yang sakit adalah merupakan satu rahmat yang besar. Dalam satu hadith menceritakan tentang orang yang menziarahi orang sakit didoakan oleh malaikat, apatah lagi mereka yang menjaga orang sakit akan mendapat ganjaran pahala yang sangat besar di sisi Allah SWT.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi”.

(Hadith Riwayat At-Tirmizi)



Menyedari betapa pentingnya untuk membantu mereka yang sedang menghadapi kesusahan, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mengambil inisiatif melalui kempen ini untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan, bantuan kewangan akan disalurkan khusus kepada mereka yang sedang menanggung sakit kronik di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Sasaran kami adalah seramai 20 hingga 30 orang pesakit yang akan menerima sumbangan ini. Kami akan memberikan sumbangan dalam bentuk wang tunai agar para penerima manfaat boleh menggunakan sumbangan tersebut untuk keperluan mereka. 



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini semoga dapat membantu meringankan kesusahan serta kepayahan yang ditanggung oleh pesakit dan ahli keluarga mereka. Semoga sumbangan anda ini dapat diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah SWT.


Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Marilah kita bersama-sama membantu saudara kita yang memerlukan. Jom menyumbang di sumbangan.com!



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Mar 22, 2022

Kempen Sumbangan Tamat