Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM2,763 / 39.47 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
123 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum W.B.T. Ketika harga barangan makanan naik mendadak akibat ketidaktentuan ekonomi dunia, mungkin kita terlepas pandang terhadap perbelanjaan persekolahan anak-anak asnaf dari keluarga B40. Berapakah wang yang dibelanja mereka untuk menghilangkan rasa dahaga dan lapar di sekolah?
Hampir kesemua harga makanan terpaksa dinaikkan akibat kenaikkan harga barangan mentah secara drastik. Kita tidak boleh menyalahkan pihak kantin sekolah sekiranya harga makanan dinaikkan. Mungkin ada di antara anak-anak asnaf ini terpaksa berlapar di sekolah akibat tidak mempunyai wang yang cukup untuk makan di sekolah.
Menyedari akan kesusahan keluarga asnaf yang terpaksa berbelanja lebih untuk duit poket anak-anak ke sekolah, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk menyalurkan sedikit bantuan duit poket atau duit belanja sekolah untuk anak-anak asnaf yang berada di sekitar Lembah Klang dengan sasaran mereka yang menerima bantuan ini adalah 70 orang dengan setiap seorang akan menerima RM100.
Justeru itu, sebagai usaha untuk meringankan sedikit beban anak-anak asnaf untuk berbelanja di sekolah, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat penerima-penerima sumbangan dan semoga sumbangan anda semua diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT. Terima Kasih.
Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”. (Surah Al-Hadid : 18)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 01, 2022
ALIZAWATI AZIZ
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 01, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 01, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 01, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 01, 2022