Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM565 / 9.42 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
33 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Mencari rezeki adalah kewajipan ketua keluarga bagi menyara anak dan isteri. Namun, ketika dalam perjalanan untuk bekerja dan kemalangan, maka kesusahan akan dirasai. Bukan sahaja kepada empunya badan akan tetapi kepada ahli keluarga mereka. Banyak kes yang berlaku apabila ketua keluarga dari golongan asnaf atau B40 mengalami kecelakaan semasa ke tempat kerja yang akhirnya ahli keluarga iaitu anak dan isteri tidak mampu untuk menguruskan kehidupan.
Program ziarah kami baru-baru ini di beberapa kawasan di Selangor dan Johor menemui beberapa orang pesakit mangsa kemalangan yang terlantar yang mana mereka ini adalah golongan asnaf atau B40. Mereka adalah ketua keluarga yang mengalami kecelakaan semasa pergi ke tempat kerja. Akibatnya, ahli keluarga hidup tertekan apabila tiada sumber kewangan yang mencukupi bagi keperluan kehidupan ditambah pula anak-anak masih bersekolah.
Simpati dengan nasib mereka, maka Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan keperluan asas harian berupa makanan asas kering seperti beras, minyak masak, telur, tepung gandum, bihun, biskut. Ada juga sedikit bantuan kewangan termasuk keperluan-keperluan lain seperti lampin pakai buang, tisu basah dan lain-lain keperluan yang difikirkan perlu. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30 penerima yang berada di sekitar Negeri Selangor dan Johor.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi membantu golongann asnaf yang menjadi mangsa kemalangan ke tempat kerja. Mudah-mudahan dengan pemberian yang kita hulur ini sekurang-kurangnya mampu meringankan beban yang sedang ditanggung bukan sahaja oleh pesakit namun oleh ahli keluarga atau anak mereka.
“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” (HR Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 31, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 31, 2023
SYAFIQAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 31, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 30, 2023