MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 28, 2023

SEDEKAH MUHARRAM UNTUK WUJUDKAN AKSES BEKALAN AIR BERSIH KE MAAHAD TAHFIZ

RM745 / 3.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM24,000

44 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

ALIRKAN HARTA KE JALAN ALLAH UNTUK BANTU WUJUDKAN AKSES BEKALAN AIR BERSIH DI MAAHAD TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM.


Dengan segala rasa terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan sebelumnya pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin mengajak seluruh muslimin muslimat yang prihatin untuk terus menyokong dan memberi bantuan dalam misi penting ini. Saat ini, pihak maahad masih memerlukan dana tambahan sebanyak RM24,000 lagi untuk menyelesaikan pemasangan paip bagi menjamin pengaliran bekalan air bersih yang lancar di maahad tahfiz kami.



Pihak maahad menyedari betapa kritikalnya akses terhadap air bersih dalam memenuhi keperluan harian terutama dalam menjalankan ibadah, pendidikan dan menjaga kebersihan para pelajar kami di sini. Buat masa ini, pihak maahad masih meminjam air daripada kejiranan terdekat yang berhampiran maahad yang sudi membantu buat sementara waktu sebelum kerja pemasangan paip SADA dapat dijalankan setelah jumlah dana yang diperlukan mencukupi RM49,000.




Sehubungan itu, bergabunglah dalam misi mulia ini untuk mewujudkan impian seluruh warga maahad untuk memiliki sistem pengaliran air bersih yang baik dan berkualiti. Mari bersama-sama berbuat kebaikan dan memberikan manfaat kepada komuniti pendidikan Islam di sini. Mulai RM10, ayuh hulurkan sumbangan bagi mencapai target dana yang diperlukan bagi menghadirkan bekalan air bersih untuk kemudahan ibadah dan pengajian agama anak-anak tahfiz di sini.



Pihak maahad berharap semoga adanya hati-hati yang tergerak untuk turut serta membantu dalam mewujudkan impian ini. Sama-samalah bergabung dalam usaha untuk memberikan kesan positif dalam membentuk generasi Qurani yang berilmu, berakhlak mulia dan bermanfaat bagi agama dan bangsa. Jazakumullahu khairan jaza atas bantuan dan sokongan para dermawan. Semoga Allah SWT memberkati setiap perbuatan baik yang lakukan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat