Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Nov 03, 2021

RAYUAN INFAQ DUIT POKET UNTUK MUALLAF UMRAH

RM895 / 22.38 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

36 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Disebabkan pandemik, harga pakej telah naik menyebabkan hasrat kami menghantar 2 orang Muallaf terganggu kerana kekurangan bajet. Infaq ikhlas anda dapat membantu kami meneruskan hasrat ini.


RAYUAN INFAQ DUIT POKET UNTUK MUALLAF UMRAH

 

Alhamdulillah, semua ini dengan izin Allah.

 

Setelah lama merancang dan mengumpul dana, sedikit demi sedikit PERKIM BTP kumpul dana, maka hasrat kami untuk menghantar walau 2 orang Muallaf untuk menunaikan Umrah di Tanah Suci hampir tercapai.

 

Ya benar, hampir tercapai. Maksudnya belum tercapai sepenuhnya!

 

Disebabkan pandemik, harga pakej umrah telah naik. Ini bukanlah rahsia lagi.

 

Oleh itu kami kekurangan lebih RM2,000 setiap seorang, dan ini termasuk hasrat kami untuk memberi duit poket sebanyak RM1,000 seorang.

 

Siapa yang terpilih?

 

Yang terpilih ialah Muallaf yang istiqomah dengan Islam dan menghadiri Kelas Fardu Ain Muallaf (KFAM).


Mereka mula menyertai KFAM pada tahun 2014. Kini mereka boleh mengaji Quran dengan baik dan melaksanakan semua tuntutan ibadah yang wajib ke atasnya. Kami ingin menghantar mereka menunaikan Umrah sebagai galakkan dan motivasi untuk mereka dan juga Muallaf-Muallaf yang lain.

 

Daripada Abu Mas’ud r.a. berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barangsiapa menunjukkan suatu kebaikan, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang melakukannya.” [Sahih Muslim]

 

Walau RM10 kita menyumbang, semoga ganjaran pahala diperolehi oleh Muallaf-Muallaf ini ketika menunaikan Umrah akan juga mengalir sedikit saham akhirat untuk kita.

Infaqlah hari ini seikhlas hati.

 



Nota: Gambar-gambar ini adalah asli, melibatkan ramai Muallaf menunaikan Umrah pada tahun 2018.


Nota: Syarikat mutawwif yang akan membawa Muallaf-Muallaf ini menunaikan Umrah ialah Al-Nikmah Travel & Tours Sdn Bhd dari Sg Buloh, Selangor. Pengasas syarikat ini juga seorang penyumbang besar untuk aktiviti PERKIM BTP dan Muallaf. Hampir semua perabot serta aircond dalam kelas KFAM adalah sumbangan beliau. Menurut syarikat ini, mereka merancang membawa jemaah Umrah Januari 2022 depan kerana harga pakej dijangka lebih rendah apabila lebih banyak SOP dilonggarkan kelak, namun dijangka tetap lebih tinggi dari harga sebelum pandemik. Wallahu'alam.



 

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 04, 2021

SITI KHAMISAH MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 04, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 04, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 03, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 03, 2021

Kempen Sumbangan Tamat