Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Jul 25, 2022
RM955 / 31.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
55 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Kos inflasi di negara kita semakin melonjak. Dasawarsa ini harga barang keperluan asas semakin meningkat seolah-olah tidak terkawal. Mewujudkan suasana resah di kalangan rakyat kerana kuasa beli rakyat semakin berkurangan. Rakyat terutamanya golongan asnaf terpaksa memikirkan belanjawan rumahtangga dengan memotong keperluan yang kurang perlu.
Kehilangan peratus pendapatan bolehguna akibat kenaikan harga asas mengakibatkan kehidupan terjejas. Antara yang terjejas adalah perbelanjaan untuk pendidikan. Pemotongan belanja pendidikan termasuklah mengurangkan belanja untuk tuisyen bagi membantu anak-anak ini lebih memahami ilmu.
Justeru itu pihak Komuniti Ihsan terpanggil untuk membantu golongan-golongan terjejas ini. Membantu dan meringankan beban mereka dengan mencari dana untuk membolehkan anak-anak mereka dihantar untuk belajar tuisyen sama ada online mahupun fizikal. Sasaran kami untuk membantu setiap bulan dengan kos RM30.00 seorang. Dengan bantuan ini , Insya Allah kita akan dapat menjadikan anak-anak kita manusia yang berilmu dan seterusnya membangunkan generasi kebanggaan kita.
Sabda Nabi SAW
"Boleh jadi engkau diberikan rezeki (oleh Allah) dengan sebab saudaramu itu." Riwayat At Tirmidzi
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 26, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 26, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 26, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 26, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 26, 2022