MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Feb 27, 2023

TABUNG SEDEKAH AIR BERSIH BULAN RAMADHAN PELAJAR TAHFIZ

RM380 / 7.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

34 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU SEDEKAH AIR BERSIH BULAN RAMADHAN KEPADA PELAJAR TAHFIZ. SETITIS AIR YANG DIBERIKAN AKAN SANGAT BERMANFAAT BUAT MEREKA YANG MEMERLUKAN.


Pihak maahad berbesar hati membuka Tabung Sedekah Air Bersih bagi menyediakan air bersih kepada pelajar tahfiz yang terdiri daripada asnaf dan anak yatim miskin. Ini bertujuan untuk menjamin bekalan air bersih yang mencukupi supaya mereka dapat berbuka puasa dengan air yang mencukupi. Sedekah air adalah amal kebaikan yang luar biasa yang dapat muslimin dan muslimat lakukan untuk meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.



Air merupakan sumber kehidupan yang harus selalu dipenuhi. Semua hidupan termasuk manusia memerlukan air bagi kelangsungan hidup. Sebagai pelajar tahfiz yang setiap hari berjuang menuntut ilmu serta menghafaz Al-Quran sangat memerlukan air bersih untuk beribadah seperti bersuci, minum, berwuduk dan sebagainya.



Air bersih itu kelak akan dimanfaatkan oleh seramai 60 orang para pelajar dan juga 10 orang kakitangan maahad bagi meneruskan kelangsungan hidup. Diharap dengan kehadiran air bersih ini kelak akan memudahkan kegiatan seharian anak-anak soleh ini untuk beribadah dan menjadi pencetus semangat mereka untuk belajar di maahad.




Sebagai umat Islam, kita perlu menghindarkan diri daripada sifat kedekut dan bakhil kerana ianya boleh menyebabkan kita terjerumus ke dalam api neraka. Antara kelebihan sedekah adalah dapat mendidik jiwa seseorang itu untuk memupuk rasa berkorban untuk orang lain. Melepaskan apa yang dimiliki agar dapat membantu orang lain yang dalam kesusahan. Dengan bersedekah juga, dapat memupuk rasa kasih dan sayang serta mengeratkan lagi silaturahim antara saudara seislam.



Akhir kata pihak maahad menyeru muslimin dan muslimat agar sama-sama bersedekah dan berinfaq kepada tahfiz yang memerlukan bantuan kalian di bulan Ramadhan. Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan rezeki dan keredhaan kepada para penyumbang yang sudi menyalurkan sumbangan. Setitis air yang diberikan amat bermakna dan dapat memberi kebahagiaan kepada anak-anak soleh ini.


“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 28, 2023

HISHAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 28, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 28, 2023

Kempen Sumbangan Tamat