MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Mar 17, 2023

PERPUSTAKAAN BUAT PELAJAR TAHFIZ

RM280 / 2.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH INFAQ PEMBINAAN PERPUSTAKAAN BUAT GOLONGAN PENDAMPING AL-QURAN INI. BANTU WUJUDKAN PERPUSTAKAAN YANG MEREKA DAMBAKAN UNTUK MENGGALI MUTIARA ILMU.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah sehingga saat ini masih berusaha untuk memenuhi keperluan dan menyediakan kemudahan fasiliti yang kondusif bagi para pelajar tahfiz. Dengan bertambahnya jumlah pelajar tahfiz sehingga 70 orang, maka bertambah pula fasiliti dan prasarana yang harus dipenuhi. Salah satu fasiliti tersebut adalah perpustakaan bagi tujuan menyemai budaya cintakan ilmu dan memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar.



Sehubungan itu, pihak maahad mengadakan kempen kepada muslimat untuk menabung saham akhirat kepada tabung pembinaan perpustakaan di tapak bangunan baharu maahad. Projek pembinaan ini diharapkan dapat membantu meningkatkan minat dan memberi bimbingan kepada para pelajar agar giat membaca, seterusnya melahirkan insan yang minat membaca. Besar harapan maahad agar kewujudan perpustakaan di maahad ini kelak dapat membantu melahirkan generasi ulul albab yang cintakan ilmu. Seseorang Muslim dapat memelihara akalnya dengan ilmu dan mempergunakan akalnya untuk mendapat petunjuk serta nikmat Allah SWT. Oleh itu, menuntut ilmu adalah amalan fardhu dan mulia bagi setiap muslim dan muslimat di sisi Islam. Sabda Rasulullah SAW:


“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim” (Hadits riwayat Ibnu Majah)



Yang dikatakan menuntut ilmu hingga ke akhir hayat ialah kita berterusan membaca, mengkaji serta menambah ilmu hinggalah ke akhir hayat. Para salafussoleh dan ulama’-ulama’ terdahulu, mereka memandang bahawa ilmu itu akan hidup dan berkembang terus dengan cara belajar dan membaca. Sebaliknya ilmu itu akan kering serta layu apabila berhenti belajar dan membaca. Sehubungan dengan itu, Allah SWT juga menyeru kepada setiap muslim supaya terus menuntut ilmu. Dialah yang akan mengangkat darjat para ilmuan (ulama’). Ilmuan juga digolongkan oleh Allah SWT sebagai orang yang bertaqwa.



Perpustakaan Umayyah di Damsyik, Perpustakaan Kairouandi di Tunisia, Baitul Hikmah di Baghdad, Perpustakaan al-Azhar dan Perpustakaan Andalus antara bukti pentingnya perpustakaan. Dan tahukah anda perpustakaan-perpustakaan ini dibina hasil infaq dan wakaf umatnya yang cintakan ilmu?


Oleh yang demikian, umat islam seharusnya dididik agar supaya bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuan supaya semakin bertambah ilmu, maka semakin dekatlah diri kita dengan Allah SWT. Ilmu itu merupakan cahaya untuk kita lebih merasai keesaan Allah SWT, serta kekuasaan dan keagongan-Nya. Dengan ini akan bertambahlah ketakutan (ketaqwaan) kepada Allah SWT. Mari bersama pihak maahad menabung saham akhirat mendukung usaha pembinaan perpustakaan di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dalam rangka untuk melahirkan generasi bertaqwa.



Akhir kata, pihak maahad mengajak muslimin dan muslimat berinfaq RM10 bagi membantu golongan Huffaz ini menambah ilmu dengan kehadiran perpustakaan yang selesa bagi menempatkan bahan-bahan bacaan agama, ilmiah dan buku-buku rujukan. Semoga Allah memudahkan jalan para peyumbang ke syurga kelak dengan asbab bantu memudahkan anak-anak soleh menuntut ilmu di tempat yang selesa. InsyaAllah. Jazakallahu khairan Jaza'.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat