MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Dec 29, 2022

DANA RAMADHAN KARIM ANAK TAHFIZ ASNAF MISKIN DAN ANAK YATIM

RM1,885 / 18.85 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

43 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

CERIAKAN RAMADHAN TAHUN INI BERKONGSI REZEKI DENGAN PENCINTA AL-QURAN. SEMOGA DENGAN KEBERKATAN RAMADHAN AKAN BERLIPAT GANDA AMALAN KEBAIKAN DAN MENJADI ASBAB HIDAYAH UNTUK MEMPEROLEHI KEREDHAAN ILAHI


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam Kedah dengan besar hati membuka peluang kepada semua muslimin muslimat yang dikasihi Allah SWT untuk sama-sama membuat infaq dengan menaja 50 orang anak-anak syurga ini kerana Allah SWT.



Semoga sifat kedermawanan di bulan Ramadhan ini menjadi tarbiah buat hati yang mendamba taqwa sekaligus membantu ringankan perbelanjaan maahad tahfiz di bulan yang mulia ini. Mari hiburkan hati anak-anak tahfiz dengan juadah makanan yang enak. Antara yang boleh penyumbang dermakan adalah dengan beberapa pakej tajaan untuk 27 hari dalam bulan Ramadhan:

1. Makan berbuka RM250

2. Makan sahur RM100

3. Moreh RM50

4. Pakej 1 hari RM400 untuk pelajar dan kakitangan


Jika ada yg berminat boleh masukkan nama bermula 1 Ramadhan-27 Ramadhan 1444 H.



Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda:


إِنَّ الصَّائِمِ إِذَا أَكَلَ عِندَهُ لمَ تَزَل تُصَلِّي عَلَيهِ المَلائِكَةُ حَتََى يَفْرُغَ مِن طَعَامِهِ


Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.” (Riwayat Ahmad, Al-Tarmizi dan Al-Baihaqi)



"Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” (H.R. Tirmidzi)



Terdapat banyak dalil yang menunjukkan kelebihan menjamu mereka yang berpuasa. Justeru, amat wajar bagi yang berkelapangan rezeki serta harta menjamu mereka yang berpuasa. Antara nas galakannya ialah daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:


مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا


Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan Al-Baihaqi)



 Rasulullah SAW bersabda:


الصَّائِمُ إِذَا أَكَلَتْ عِنْدَهُ المُفَاطِرُ صَلَّتْ عَلَيْهِ الملائِكَةُ


Maksudnya: “Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya Para malaikat berselawat ke atasnya.” (Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah)


Berdasarkan nas hadis di atas jelas menunjukkan kelebihan bagi mereka yang memberI makan orang yang berpuasa, apatah lagi mereka yang amat memerlukan seperti anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan yang berhajat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 02, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 02, 2023

Kempen Sumbangan Tamat