Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN UMMAH
Dimulakan pada Jan 11, 2023
RM140 / 0.47 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000
11 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan NGO pendidikan yang menyantuni setiap peringkat umur daripada golongan kanak-kanak sehingga warga emas dan kehidupan mereka serba kekurangan dalam meneruskan kehidupan. PACU mempunyai beberapa inisiatif di bawahnya yang khusus ditubuhkan untuk menguruskan aktiviti pendidikan untuk golongan asnaf secara menyeluruh iaitu Projek Tuisyen Ummah atau dikenali sebagai PROTU.
PROTU ditubuhkan bertujuan untuk menjadi salah satu platform pembangunan pendidikan akademik dan sahsiah yang diterapkan dalam kelas tuisyen mingguan yang disediakan. Di samping itu, pihak PROTU ingin memberi kesedaran kepada anak muda bahawa walaupun kehidupan mereka susah tidak semestinya mereka tidak boleh berjaya menjadi seorang insan yang berguna dan berjaya pada masa akan datang. Tidak dinafikan ramai anak-anak muda sekarang yang terpengaruh dengan ajaran barat, lebih lebih lagi anak-anak yang merasa dirinya tiada masa depan.
Jadi, dengan adanya PROTU ia membuka peluang kepada anak-anak ini untuk belajar secara percuma dalam akademik terutamanya. PROTU menyediakan subjek akademik iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan program kemahiran. Selaras dengan tujuan tersebut, PROTU ingin mencapai beberapa objektif utama iaitu menjadi sebuah platfom pembangunan tuisyen akademik dan sahsiah kepada golongan sasar. Selain itu PROTU juga, ingin membimbing pelajar dalam pembangunan dan pembentukan sahsiah pelajar itu sendiri melalui modul sahsiah mengikut aliran semasa bagi meningkatkan kerohanian setiap pelajar itu sendiri.
PROTU telah membuka banyak cawangan kelas dalam membantu anak-anak muda yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan dalam memberi pendidikan. Antara kelas yang berjaya di buka adalah sekitar Kuala Lumpur, Gombak, Johor, Kedah dan juga kelas di Dumpil, Sabah dengan anggaran 400 orang pelajar secara keseluruhannya.
Kos operasi yang diperlukan bagi menjalankan tuisyen ini adalah lebih kurang RM30,000 sebulan bagi menanggung semua kos kelas. PROTU tidak dapat mengumpulkan dana sebanyak ini tanpa bantuan masyarakat yang sangat prihatin.
Kami memerlukan dana sebanyak RM30,000 bagi meneruskan kelas tuisyen ini dalam mendidik dan membentuk generasi muda sekarang. Melalui sumbangan yang diberikan dapat membantu untuk melahirkan generasi cemerlang yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah ini, semua pihak perlu terlibat dan memainkan peranan masing-masing untuk merealisasikan impian tersebut. Langkah pertama perlu bermula dari kita!
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Daripada tahun 2020 lagi Kelas Tuisyen Anak Asnaf sudah menyantuni anak-anak yang memerlukan pembangunan 3M (Membaca, menulis & Mengira). Bermula dari di cawangan Putatan Sabah, ke cawangan 3M Kedah, Sekarang di Cawangan 3M Bangi untuk membantu anak-anak yang kurang berkemampuan ini mendapat pendidikan tambahan dalam penguasaan 3M.
Permasalahan Pasca Covid-19 ini menjadikan anak-anak ini mendapat penguasaan 3M (Membaca, menulis & Mengira) secara minima oleh kerana kekangan tidak dapat bersekolah secara fizikal. Penguasaan 3M ini amat-amat penting kerana ianya adalah asas pembelajaran formal.
Alhamdulillah, hasil daripada sumbangan tuan/puan kepada pihak kami, dapat kami santuni anak-anak ini sebagai titik mula penguasaan 3M sebelum mereka masuk ke sekolah . Penguasaan 3M ini sangat perlu sebelum mereka melangkahkan kaki ke alam persekolahan yang sebenar.
Permintaan untuk kelas 3M ini terlalu banyak. Dengan keupayaan dan kadar kewangan daripada pihak kami yang terhad. Tidak dapat menyantuni lebih ramai lagi yang memerlukan kelas 3M tersebut.
Semoga tuan/puan boleh bersama membantu pihak kami dalam pembangunan kelas 3M ini.
Kelas Tuisyen Anak Asnaf telah memberi peluang kepada anak-anak yang kurang berkemampuan untuk mendapat pendidikan tambahan dan menambah pengetahuan serta cara belajar di luar waktu pembelajaran sekolah.
Pertambahan kelas pada tahun demi tahun menunjukkan permintaan yang tinggi dari masyarakat. Justeru itu, bantuan dana kewangan diperlukan bagi menampung bayaran tenaga pengajar dan juga penyediaan kepada anak-anak asnaf yang memerlukan pembelajaran tambahan.
SAIFULHAFIZAM BIN ALIAS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 14, 2023
FIQNIQ CONSEP ENTERPRISE
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 13, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 13, 2023
NOR FATEHAH BINTI MOHAMAD KASIM
Menyumbang sebanyak RM40.00
Jan 13, 2023