YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Nov 04, 2022

TABUNG PERSIAPAN BANJIR DI MALAYSIA

RM895 / 0.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

61 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah mengambil bahagian untuk membantu orang yang dalam kesusahan, pertolongan itu boleh datang dalam pelbagai cara. Mereka pasti bersyukur ada pihak yang dapat menyumbang barangan keperluan.


Setiap orang pasti akan berdepan dengan kesusahan. Orang yang berduit tidak semestinya tidak akan menemui saat kesusahan. Kehidupan di dunia sarat dengan kesusahan bagi menguji hamba yang benar-benar beriman kepadaNya. Orang yang kaya ada kalanya diuji dengan kesusahan melibatkan wang ringgit. Mereka mempunyai wang, namun wang tersebut tidak dapat membantu mereka tatkala ditimpa musibah.

Lihatlah contoh mudah dalam keadaan beberapa tempat di kedah sedang dilanda banjir tanpa diduga. Meskipun ada dalam kalangan mangsa banjir yang mempunyai wang, namun disebabkan mereka tersekat tidak dapat bergerak ke mana-mana, mereka juga memerlukan bantuan termasuk melibatkan wang. Mereka pasti bersyukur sekiranya ada pihak yang dapat menyumbang makanan dan keperluan asas kerana mereka sedang dalam keadaan memerlukan.



Inilah antara perkara yang perlu menjadi iktibar buat semua. Ketika manusia ditakdirkan menerima ujian daripada Allah SWT, mereka tidak akan dapat keluar daripada kesulitan dan mengharapkan pertolongan orang lain.

Orang kaya juga boleh dijangkiti wabak Covid-19. Mereka mungkin juga mempunyai wang yang banyak. Namun tatkala diuji dengan kesakitan, mereka juga layak dihulurkan bantuan untuk meneruskan kehidupan. Jika ada bantuan yang boleh dihulurkan bagi meringankan beban orang yang sedang dijangkiti Covid-19, bantulah mereka kerana kesukaran hidup bukan sekadar melibatkan wang ringgit.


Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Dialah (Allah) yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang bertaubat)." (Surah al-Mulk, ayat 2)

Justeru itu, tidak wajar sekiranya ada yang beranggapan orang yang kaya tidak perlu diberi pertolongan. Sedangkan pertolongan itu boleh datang dalam pelbagai cara. Sebenarnya orang yang sedang berdepan kesulitan memerlukan sokongan termasuk rasa kebersamaan ketika diuji dengan kesusahan.


Orang yang rumahnya ranap musnah dijilat api, mungkin dapat membina semula rumahnya dengan wang yang mereka miliki, namun bantuan yang diterima daripada saudara, rakan dan jiran tetangga boleh menerbitkan semangat positif untuk bangkit meneruskan kehidupan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

PUZAINI BINTI MOHD YUNUS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Nov 07, 2022

Kempen Sumbangan Tamat