Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).
Objektif Penubuhan
- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.
- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.
- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.
- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.
Visi
Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).
Misi
Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.
Hamba Allah
Berkat dari sedekah Jumaat hari ini, permudahkanlah segala urusan ku, urusan kedua ibubapa ku, urusan suami ku serta urusan anak2 ku dunia & di akhirat. Berikan kesihatan kepada kami sekeluarga, jauh kan kami dari musibah & redhalah ke atas kehidupan kami ya Allah.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga kempen ini berjaya mencapai amaun kutipan yg disasarkan dan dapat digunakan sumbangan ini untuk memberi peluang pendidikan buat kanak2 di pedalaman Sabah. Pendidikanlah yg mampu menjadi pengubah kepada nasib keluarga yg susah, kerana mereka yg berpendidikan dapat menjadi ahli masyarakat yg membawa kegunaan/kebaikan kpd orang lain. In shaa Allah juga akan mudah utk mencari pekerjaan.
0 orang mengaminkan doa ini