MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jan 09, 2023

KEMPEN SEDEKAH AWAL REJAB UNTUK BANTU ANAK TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM

RM120 / 4.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH BANTULAH GOLONGAN PENCINTA AL-QURAN INI DENGAN MENGHULURKAN SUMBANGAN ANDA MUDAH-MUDAHAN DIBULAN REJAB YANG BERKAT INI KITA BEROLEH REDHA ALLAH SWT.TUKARKANLAH HARTA DUNIA MENJADI HARTA AKHIRAT


Ini bukanlah cuma kata-kata biasa untuk menggalakkan anda bersedekah. Tetapi umat Islam memang digalakkan untuk menjadi dermawan. Agama Islam adalah sebuah agama yang berempati. Hanya dengan bersedekah, kita dapat sama-sama memahami susah payah orang yang sedang menghadapinya. Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan.


Selain itu, ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman jahiliah dengan meninggalkan peperangan. Perkataan jamak bagi Rejab adalah arjab dan jika digabungkan Rejab dan Syaaban dinamakan sebagai Rajaban. Di samping itu, Rejab merupakan bulan ketujuh tahun hijrah dan ia merupakan antara bulan haram yang diharamkan peperangan atau pembunuhan. Bulan ini datang selepas Jamadilakhir dan sebelum Syaban.



Amalan ini dapat disusur sejak zaman Nabi Ibrahim as dan anaknya, Nabi Ismail as. Tiga bulan berturut-turut ialah Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam (iaitu bulan ke-11, ke-12 dan bulan pertama) dalam takwim atau kalendar Islam. Menurut kebanyakan ulama ternama, Rejab bersama Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam merupakan empat bulan suci dalam Islam. Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Bulan haram terdiri dari empat bulan di dalam kalendar Islam iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab. Tambahan pula, Allah SWT juga berfirman berkaitan bulan haram ini di dalam surah at-Taubah. Firman Allah SWT:


"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah Taala ialah 12 bulan di kitab Allah pada hari dijadikan langit dan bumi. Di dalamnya ada empat bulan yang suci." (At-Taubah: 36)


Antara peristiwa penting di dalam bulan Rejab adalah Nabi Muhammad saw iaitu peristiwa Israk dan Mikraj pada malam ke-27 Rejab.



Di antara kelebihan yang terdapat dalam bulan haram ini ada disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain.


Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. (Tafsir Ibn Kathir, 4:130)


Rejab juga dipanggil bulan bertanam (melaburkan amal soleh), berdagang (berbakti untuk diberi ganjaran daripada Allah), beristighfar (memohon ampun). Setiap amal akan digandakan 70 kali oleh Allah SWT. 



Rasulullah SAW ada berpesan bahawa ada lima malam yang mustajab doanya di mana tidak ditolak Allah SWT: Malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Jumaat, malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya Aidiladha.Malah Baginda juga menyampaikan pesannya lewat hadis yang bermaksud:


"Aku melihat pada malam Mikraj sebatang sungai yang airnya lebih manis daripada madu dan lebih sejuk daripada air batu dan (baunya) lebih harum daripada kasturi. "Aku bertanya kepada Jibrail: 'Ya Jibrail, untuk siapa ini?' Beliau berkata, 'Untuk mereka yang berselawat ke atasmu pada bulan Rejab."



Antara amalan yang digalakkan pada bulan Rejab adalah amalan bersifat umum seperti berpuasa, perbanyakkan sedekah, perbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan perbanyakkan solat-solat sunat. Sempena dalam bulan rejab yang yang diberkati Allah SWT ini, pihak maahad membuka peluang infaq untuk membantu anak-anak tahfiz disini terdiri daripada anak yatim dan anak asnaf miskin yang memerlukan bantuan untuk menyara pengajian mereka disini.


Diharapkan muslimin muslimat dapat sama-sama membantu atas jalaq semangan taawun yakni saling bantu membantu atas jalan ketaqwaan keimanan kepada Allah SWT dalam mencari keredhaaannya dalam bulan yang penuh barakah ini. Infaq pula membawa maksud membelanjakan harta kepada yang berhajat(Al-Jurjani). Allah SWT berfirman:


الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ


Maksudnya: "(Orang yang beriman itu adalah) orang-orang yang beriman dengan perkara yang ghaib, menunaikan solat dan mereka memberi infaq apa yang kami rezekikan kepada mereka."

(al-Baqarah (2:3)



Semoga dengan sedekah Rejab ini mendambakan kasih kita kepada hamba Allah yang memerlukan lebih-lebih lagi golongan pencinta Al-Quran ini. Mudah-mudahan dapat meringankan kos perbelanjaan harian mereka dengan infaq RM10 harian muslimin dan muslimat yang disumbangkan dapatlah menyerikan wajah mereka dengan juadah makanan dan perbelanjaan harian mereka untuk menuntut ilmu agama yang mencukupi insyaallah. Semoga sifat kedermawan di bulan Rejab yang mulia ini akan menjadi batu loncatan kita menggandakan amalan hingga Ramadhan.


Akhir kata, pihak maahad akan menyalurkan dengan izin Allah SWT sumbangan jariah muslimin dan muslimat yang diinfaqkan untuk membantu perbelanjaan yang tidak mencukupi bagi kos saraan anak-anak penuntut di maahad kami disini insyaAllah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2023

HJH SRI ROHAYU BINTI MOHAMAD GANI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 23, 2023

FIQNIQ CONSEP ENTERPRISE

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 13, 2023

Kempen Sumbangan Tamat