Bantuan Kecemasan - Suami penghidap penyakit Buah Pinggang
Seorang isteri yang gigih dari Banting, Selangor merayu kepada umum agar menghulurkan bantuan bagi mereka sekeluarga meneruskan kehidupan.
Beliau seorang ibu yang rajin berusaha, berniaga Pau Panas di tepi jalan di simpang ke Sijangkang demi kelangsungan hidup, dengan suaminya baharu sahaja beberapa bulan yang lalu telah disahkan sebagai pesakit buah pinggang dan menjalani rawatan Hemodialisis dengan kekerapan 3 kali seminggu.

Baru-baru ini, ribut melanda dan telah menyebabkan kerosakan terhadap beberapa perkakasan niaga wanita berhati waja ini. Beliau berasa amat sedih kerana tidak dapat berniaga lagi seperti biasa.
Oleh kerana itu, beliau merayu bantuan untuk menggantikan keperluan seperti :
1. Kanopi ( telah rosak dipukul ribut)
2. Meja alas
3. Stok Pau Frozen
4. Kelengkapan pengukusan yang baharu

Manakala, sebahagian daripada nilai sumbangan nanti akan digunakan untuk menampung kos perubatan suaminya.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasullullah SAW bersabda : Yang bermaksud " Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, dan seorang hamba yang pemaaf pasti Allah tambahkan kemuliaan baginya ".
Hadis Riwayat Muslim
Bantuan sokongan perniagaan untuk keluarga Puan Ezan

Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini