MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 04, 2024

INFAQ TELUR BUAT ANAK YATIM DAN ASNAF YANG SEDANG MENUNTUT ILMU

RM445 / 14.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH MARILAH SAMA-SAMA MEMBANTU ANAK-ANAK SYURGA INI MENDAPAT BEKALAN MAKANAN YANG MENCUKUPI UNTUK MEREKA MENUNTUT ILMU.


Dengan penuh rasa kasih sayang, kami ingin memohon sumbangan kepada para dermawan yang budiman yang diberkati oleh Allah SWT untuk turut bersama serta dalam usaha memberikan sumbangan infaq telur kepada pelajar tahfiz yatim dan asnaf yang kurang berkemampuan di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Sumbangan telur ini bukan sekadar bertujuan memberikan nutrisi tinggi kepada 55 orang pelajar kami, tetapi juga menjadi tambahan keperluan harian mereka dengan ekonomi yang kian meningkat dan mencabar sekarang ini sepanjang perjalanan menuntut ilmu di maahad kami di sini.



Oleh kerana itu, pihak maahad ingin mengajak insan yang budiman untuk memberikan sumbangan infaq telur kepada pelajar anak-anak yatim dan asnaf untuk menambah keperluan nutrisi mereka semasa pengajian. Telur ialah zat gizi yang membentuk setiap sel dan jaringan penyusun tubuh manusia, seperti otot, otak, peredaran darah, tulang, dan masih banyak lagi. Sedekah ini akan menjadi amalan dalam sumber keberkatan dalam hidup mereka, memberi mereka kekuatan untuk mengejar ilmu, dan mengingatkan mereka bahawa masyarakat dan agama mereka peduli terhadap kesejahteraan mereka.



إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ


“Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

(Surah al-Baqarah: 271)



Akhir kata, marilah kita raihkan pahala dengan berinfaq kepada pejuang Al-Quran demi mencapai cita-cita mereka untuk menjadi hafiz Al-Quran beramal dan menyebarkannya,semoga infaq kalian menjadi pahala yang terbaik di sisi Allah SWT.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM80.00

Sep 07, 2024

GAIYETHRE MARIAPAN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 07, 2024

ZAL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Sep 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 06, 2024

Kempen Sumbangan Tamat