Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Sep 06, 2024
RM40 / 0.80 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
4 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dengan segala hormatnya, Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah membuka peluang kepada para dermawan yang prihatin untuk membantu berinfaq dalam pembelian simen bagi menjayakan pembangunan di maahad tahfiz kami. Sokongan anda amat diperlukan bagi memastikan kemudahan yang lebih baik dan selesa dapat disediakan untuk para pelajar.
Dengan menghulurkan sumbangan infaq bagi pembinaan prasarana di maahad tahfiz, tidak hanya menyumbang kepada pembangunan maahad, tetapi juga dapat mengamalkan amalan mulia yang mendapat kecintaan Allah SWT.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang berinfaq (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”
Setiap sen yang diberikan akan membawa pelbagai manfaat terutama dalam melahirkan generasi yang ulul albab yang mampu menuai bakti kepada masyarakat pada suatu hari nanti. Sumbangan kecil anda boleh membawa perubahan besar dalam menyediakan kemudahan yang lebih baik dan selesa untuk para pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf di sini. Mudah-mudahan ia akan menjadi amal jariah yang akan menjadi bekalan untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi dan amal yang diterima Allah SWT.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
HAJJAH FATIMAH @ AZIZAH BINTI ABDULLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 14, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 13, 2024
MOHAMAD AZLI RAZALI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 13, 2024
SEMUT HITAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 12, 2024