Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH SAYANG DAERAH SIBU
Dimulakan pada May 08, 2024
RM250 / 1.79 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM14,000
17 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kempen sedekah daging untuk asnaf dan anak yatim merupakan satu inisiatif yang sangat mulia dan patut diberikan perhatian oleh umat Islam. Tujuan utama kempen ini adalah untuk membantu meringankan beban masyarakat yang kurang berkemampuan, terutama semasa Hari Raya Aidiladha. Melalui sumbangan daging, golongan asnaf serta anak-anak yatim dapat menikmati nikmat rasa daging dan meringankan beban hidup mereka.
Kempen sebegini juga dapat menyemarakkan semangat bersedekah dalam kalangan umat Islam. Apabila ramai orang menyumbang, ia akan mengeratkan ukhuwah Islamiah dan semangat tolong-menolong sesama Muslim. Bukan itu sahaja, orang yang menyumbang juga akan mendapat ganjaran pahala yang besar dari Allah SWT kerana membantu meringankan beban orang lain.
Oleh itu, saya menyeru agar semua umat Islam dapat menyumbang apa sahaja yang mampu bagi memastikan golongan asnaf dan anak yatim ini turut merasa apa yang kita rasa dan tidak akan rasa seperti disisihkan kelak. Semoga Allah melipatgandakan pahala kepada orang yang bersedekah.
Jom, bersama kita bersedekah dan berkongsi rezeki dengan saudara Islam kita yang kurang bernasib baik. Semoga Allah menerima sedekah anda semua sebagai amalan dan dapat mengukir senyuman kepada mereka. Anggaran RM 14,000 tersebut akan digunakan untuk membeli 2 ekor lembu untuk diinfaqkan kepada masyarakat Islam asnaf di Sibu dan juga buat saudara baru yang ramai di Sibu.
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya."
(Surah al-Baqarah: 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 04, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 02, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 31, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 24, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 24, 2024