Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Feb 03, 2023
RM1,115 / 11.86 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM9,400
40 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sebagai agama yang mengajarkan berbagai kebaikan, sedekah jariyah menjadi salah satu ibadah yang paling besar pahalanya kerana sangat membantu umat manusia. Amalan seperti ini juga dapat menghapus dosa. Berapapun sedekah yang dikeluarkan pasti akan ada imbalannya daripada Allah SWT. Sebagaimana disebutkan dalam firman Allah
“Maka Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar Zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.” (S. Al- Zalzalah :7)
Sehubungan itu, pihak maahad berbesar hati membuka peluang bagi para dermawan untuk menabung pahala melalui sedekah almari untuk kegunaan harian anak-anak tahfiz. Selagi masih ada kesempatan diberi umur yang panjang dan nikmat rezeki, ayuh berlumba-lumba untuk melakukan amal kebaikan dan selalu niatkan amal semata-mata karena mengharap leredhaan Allah SWT.
Mari rebut ladang amal pahala di bulan Rejab yang mulia ini dengan bantu menyediakan almari terbaik buat penghafaz Al-Quran ini. Setiap sumbangan kalian akan menjadi mutiara dan pencetus semangat untuk mereka belajar Al-Quran dengan membantu hadirnya prasarana yang selesa bagi kemudahan mereka.
Pihak Maahad berhasrat ingin membeli almari jenis besi buat kemudahan para pelajar. Ini adalah kerana ciri-cirinya yang tahan lama, tidak berkarat dan tidak mudah rosak. Pembelian almari besi ini bertujuan untuk menggantikan almari kayu lama yang telah rosak dimamah usia. Harga seunit adalah Rm235. Pihak Maahad memerlukan 40 unit almari besi bagi kemudahan dan keselesaan para pelajar.
Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumllahu khairan jaza. Terima kasih semua di atas kemurahan dan kebaikan hati membantu infaq almari besi buat anak-anak tahfiz disini. Yakinlah bahawa sedekah tidak akan pernah membuat kita menjadi miskin. Sebaliknya, setiap harta yang disedekahkan akan diganti menjadi rezeki lain yang lebih luas daripada Allah SWT.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 04, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM500.00
Feb 03, 2023
MOHD BADRI BIN AHMAT ZAIRU
Menyumbang sebanyak RM100.00
Feb 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Feb 03, 2023