MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 28, 2023

BANTU PELAJAR ANAK YATIM MENANGGUNG KOS RAWATAN PERUBATAN

RM252 / 8.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAYUAN BANTUAN RAWATAN PERUBATAN KEPADA ANAK YATIM PELAJAR TAHFIZ UNTUK MENGHAFAZ AL-QURAN. AYUH KITA MEMBANTU!


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah membuka kempen infaq dana perubatan bagi tujuan membantu pelajar tahfiz anak yatim apabila menghadapi masalah kesihatan seperti sakit demam atau kemalangan. Dana yang diperolehi akan diguna pakai untuk tujuan membeli ubat-ubatan dan membayar bil rawatan untuk memastikan pelajar anak yatim sembuh dari kesakitan yang dialami dan dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk menghafaz al-Quran dalam keadaan sihat bebas dari kesakitan. Oleh sebab itu, pihak maahad membuka kempen bagi mengumpulkan dana perubatan untuk menampung kos perbelanjaan tersebut.



Terdapat dalil yang memerintahkan manusia untuk berubat dan merawat. Dalam hadis dari Usamah bin Syarik yang menyebut mengenai seorang Arab Badwi bertanya kepada Baginda S.A.W, “Wahai Rasulullah bolehkah kita berubat?”, lalu Baginda Rasulullah S.A.W bersabda;


نَعَمْ ، يَا عِبَادَ اللَّهِ تَدَاوَوْا ، فَإِنَّ اللَّهَ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلا وَضَعَ لَهُ شِفَاءً ، إِلا دَاءً وَاحِدًا ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَا هُوَ ؟ قَالَ : الْهَرَمُ


“Ya berubatlah, kerana Allah telah menetapkan ubat bagi setiap penyakit yang diturunkan-Nya, kecuali satu penyakit!” Para Sahabat bertanya, “Penyakit apa itu wahai Rasulullah?”, Baginda S.A.W menjawab, “Penyakit tua.“(Riwayat at-Tirmizi).



Demikian itu, pihak madrasah mengharapkan seluruh muslimin muslimat dapat membantu pelajar anak yatim maahad tahfiz dengan menginfaqkan sumbangan bermula dengan RM10 untuk membantu pelajar mendapatkan rawatan apabila diuji kesakitan ketika menghafaz al-Quran. Allah SWT juga menyuruh umat Islam beriktikad bahawa Allah Yang Maha Penyembuh dan ia tidaklah menegah manusia dari berusaha dan merawat.




Oleh itu, pihak maahad ingin mengucapkan jazakallahu khairan di atas jasa para penyumbang kerana sudi untuk memberi bantuan kepada pelajar hafiz anak yatim di maahad kami ini. Semoga Allah sahajalah yang dapat membalas sagala sumbangan yang telah diberikan, didoakan semoga semua penyumbang diberikan kesihatan yang baik berpanjangan untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada Allah SWT dan diberikan ganjaran pahala berlimpah tanpa henti.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 29, 2023

Kempen Sumbangan Tamat