Bencana alam yang kian melanda negara kita telah memusnahkan pelbagai harta benda dari segi kelengkapan elektronik, kenderaan mahupun bangunan.

Pilu hati apabila melihat hasil titik peluh serta usaha mereka hilang ditenggelami banjir serta rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Kali ini pihak kami telah terpanggil untuk menjalankan kempen “Bantuan Bencana Alam 2022” dengan memberikan kelengkapan seperti di bawah :
- Barangan elektrik
- Kelengkapan harian
- Tajaan baiki kenderaan
- Tajaan pembersihan kenderaan
- Makanan asas atau makanan telah siap dimasak
- Kelengkapan kebersihan dan perubatan asas

Bantuan ini akan diberikan ke seluruh Malaysia terutamanya kawasan yang sedang mengalami banjir seperti di Kuala Lumpur serta Terengganu. Pembahagian ini akan diberikan melalui wakil kelab kami yang berada di kawasan tersebut serta senarai nama akan kami dapatkan melalui PPS yang dibuka.

Kami amat mengharapkan sokongan para dermawan sekalian dalam usaha mencapaikan jumlah sasaran kempen ini kerana kami menjangkakan bantuan pertama akan disalurkan dalam bulan Ramadhan.
Bersamalah kita meringankan beban mereka, bak kata pepatah, berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini