Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Aug 10, 2022
RM660 / 22.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
53 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum. Kenaikan harga barangan harian di negara kita semakin lama semakin membebankan rakyat. Amat membimbangkan sehingga menjejaskan operasi perjalanan madrasah, tahfiz mahupun sekolah rendah Islam di negara kita. Kos operasi yang terlibat akan meningkat naik dan memberi impak yang besar kepada pembelajaran, pengajaran dan aktiviti institusi terbabit.
Justeru itu, pihak Komuniti Ihsan Johor terpanggil untuk membantu institusi-institusi yang terbabit bagi meringankan bebanan kepada mereka. Kos operasi ini antaranya termasuklah:
1. Alat tulis
2. Bahan bacaan
3. Bil utiliti (elektrik dan air)
4. Aktiviti harian
Dengan membantu madrasah, tahfiz ataupun sekolah rendah Islam ini maka kita sebagai umat Islam dapat membantu kelancaran bagi melahirkan generasi anak-anak Islam yang berakhlak Islam yang dapat mempertahankan dan menyuburkan roh Islam di bumi ini. Menyumbanglah walau RM10 pun akan dapat memberikan pahala yang berterusan selagi sedekah kita mengalir di setiap anak-anak ini. Sesungguhnya memudahkan institusi ini membolehkan melahirkan dan mengembangkan syiar Islam. Kita sama-sama berganding bahu untuk menjayakan program ini.
Allah SWT berfirman: “Wahai orang yang beriman! berbelanjalah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik, dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya, lalu kamu nafkahkan padahal kamu sendiri tidak akan mengambilnya, kecuali memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” (Al Baqarah: 267)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 23, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 23, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Aug 22, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 22, 2022
HAIZAT
Menyumbang sebanyak RM25.00
Aug 22, 2022